Six little ducklings once I new
Fat one thin one
Two by two
But the one litle duck
With the feathers on his back
He rules the other with a "Quack Quack..."
Wible woble wible woble to and fro...
But the one litle duck
With the feathers on his back
He rules the other with a "Quack Quack..."
"Quack Quack Quack Quack...."
Hahaha...lagu ni lagu favorite Amani. Aku belajar lagu ni masa darjah enam. Masa tu teacher english aku nama dia Miss Muninder Singh.a.k.a Miss Mindy. Amani suka sangat lagu ni, siap tiru gaya aku nyanyi.
Teringat lagi kejadian itu...hahaha. Aku ni malas wat kerja sekolah. Dari darjah satu sampai darjah 4 tak pernah rajin. Asyik tido jer. Bapak aku selalu kata.."uda ni bukan tak pandai, tapi malas", "tido sampai esok pun tak puas"...itulah antara ayat2 yang bapak aku sering bebel kat aku. Tapi aku ni telinga kebal. Aku buat dekkkk jer. Oleh kerana result aku bagus masa darjah 5, jadi naik darjah enam aku masuk kelas budak2 pandai. Budak2 pandai memanglah rajin...kecuali aku. Teacher Mindy ni dia ajar kelas budak pandai jer. Satu hari tu aku tak wat homework yg dia bagi. Kalau dengan teacher2 english yg sebelum ni aku bagi reason apa pun, paling teruk denda yg aku kena diri kat luar kelas ker, diri atas bangku ker, kena cubit ker tak pun kena rotan...standardlah tu. Adalah 2 3 orang pelajar lain berdiri sama dengan aku sebab tak siap. Sebab aku dalam kumpulan 1, jadi akulah yg kena tanya dulu...aku pun bagi alasan " saya hantar kakak saya balik asrama..." hahaha, bila kenang balik lawak gila jawapan aku. Mengamuklah teacher Mindy tu dengar jawapan aku.."kakak awak tu tak de ayah ke?, awak ker yang bawak kereta? kenapa tak siapkan dulu sebelum keluar rumah?"....aku pun diam. Tak semena-mena “PANGGGGGG….!!!” Sekali tu penampar sulong daaaa hinggap kat pipi aku...Pertama kali aku kena penampar di sekolah rendah....!!! Owww...dalam hati aku, cikgu ni tak leh main2, tak makan saman...
Sejak tu aku tak pernah tak siapkan homework dia. Paling aku takut tiap kali kelas start dia mesti nak refresh balik apa yang dia ajar sebelum ni. Kalo tak dapat jawab siaplah...kalo tak tercabut kulit pinggang tu bukan teacher Mindylah orangnya. Lagi satu kalau dia buat ujian atau exam...turun 2% dari test yang sebelumnya kalo tak jalan itk keliling padang bola, lari 2x pusingan. Putus urat kentut whoaaaaa....Dialah cikgu yang paling aku gerun. Gurubesar pun aku tak takut sangat...kikikiki




