Ahad semalam gi The Gardens...rasanya dah 3tahun tak menjejakkan kaki ke sana. Pergi ke sana pun tujuannya nak gi tengok2 seluar papa sambil2 tu kl budak2 ni tak meragam nak lah tgk barang budak2 kat sana. Tapi biasalah...dah lama sangat duk membelek dalam butik levis tu...terus gi makan. Tgh2 makan pulak Haiqal dah mula buat muka moody...fikir aku dia dah bosanlah tu sebabnya jalan2 situ bukan tempat dia. Dah tengok muka dia macam letih jer, en.suami pun ajak balik. Aku pun ok. Dalam kete pun, Haiqal ni diam jer...pastu duduk ngan aku kat belakang terus tido.
 |
| ...selalu menyentuh hatiku... |
Sampai jer kat umah, anak2 masih lagi tido. Dapatlah berehat seketika. Lepas isya' tu baru Haiqal bangun...dan...dia pun start mengadu sakit perut. Aku pun comolkan minyak mestika kat perut. Dia masih lagi mengaduh. Aku pun pujuk dia mandi dulu pastu nanti aku siapkan makan. Dah tak boleh berdiri pulak...berdiri nak bukak baju seluar pun membongkok. Sampailah en.suami pulang pukul 12malam...dia masih lagi mengaduh sakit perut. Aku tak risau kl dia sakit perut jer, tapi ni sebab dia kata sakit nak berjalan. Mujur en.suami pun paham, dia bawak juga ke klinik kul 1pg.
Yang nak dijadikan ceritanya...masa dalam kereta, Haiqal bertanya kat en.suami..."kenapa papa tak beli kasut qal"...oooo, itu puncanya sebenarnya....Memang kelmarin ada gi Al-Ikhsan nak beli kasut dia, tapi tak de saiz pulak. Jadi katalah ngan dia, "esok kita cari tempat lain". Mesti dia ingat yg gi jalan semalam tu nak beli kasut dialah tu. Lagipun, memang dia nak kasut macam kakak dah lama sgt dah....Padanlah masa makan tu, dia duk ngusik kaki kakak, dalam kete pun dia tak nak pakai kasut dia...rupanya merajuk sebab tak dibelikan kasut. Padanlah sakitnya menjadi-jadi tak nak baik...rupanya ada rajuk di hati.
Balik dari klinik tu en.suami ceritalah kejadian semasa pulang. Singgah di 7e beli jajan untuk dia...benda pertama sekali yang dia amik adalah "aiskrim magnum almond untuk ibu"...aduhai anak...sebak ibu dengar! pastu barulah dia amik untuk dirinya dan kakak. Macam mana ibu tak sebak...ibu seronok dapat beli beg ibu...sampai tak perasan perasaan anak ibu:(