Daisypath Anniversary tickers
Rasfan Haiqal ♥ Nur Zara Amani ♥ Nurrizzhani ♥

Sunday, February 26, 2012

Yeayyyy...Hani sudah berjalan:D

Sedar tak sedar...masa berlalu, hani sudah mencecah usia 10bulan. Dan dalam usianya ini, si tecik ini sudah pandai berjalan...hoorrrayyy...berbanding abgnya yg boleh berjalan pada usia 8bulan dan kakaknya pada usia 1tahun 1hari...hani tergolong dalam kelas pertengahan...hahaha ...pandai2 jer aku wat eksperimen sendiri:P
Apa pun...setiap perkembangan si tecik walaupun dia yg ke-3, aku tetap seronok dan gembira dengan perkembangan dirinya seperti anak yg pertama:)

Tidak seperti abg dan kakaknya yg boleh bangun sendiri tanpa perlu sokongan atau berpaut baru boleh berjalan...hani terlebih dahulu berjalan baru boleh bangun berdiri sendiri tanpa perlu sokongan. Abg dan kakaknya dulu aku boleh agak bila diaorang akan mula berjalan berdasarkan dari cara diaorang merangkak. Tapi si tecik hani ni takde tanda2 gitu...tetiba jer aku tgk dia dah berjalan.




Haaa...comelkan si tecik ni...siapa lagi nak puji kalau bukan ibu sendiri...kikiki:P Hani ni suka sangat bergurau, suka sangat kalau digomol...banyak mulut, banyak perkara dia suka buat. Dia paling aktif antara abang dan kakaknya...Gigi baru sekuntum jer tumbuh, dan masih lagi belum start makan makanan berat. Alhamdulillah sihat walau hanya dengan susu badan. Doa ibu...hani sentiasa sihat dan ceria. Aminnnn....:)

No comments:

Post a Comment