Tgh duk sorang2 baru aku perasan yg aku ni sebenarnya x de kawan...semenjak dirikan rumahtangga ni aku hanya sendiri...kawan sekadar tanya khabar tu adalah, tapi kawan utk aku kongsi suka duka aku tiada...
Kemana mereka semua yang pernah menjadi kawan karibku suatu ketika dahulu...ketika belajar di SAMPJ,MFI, sewaktu bekerja di Combat,AMC...semua menghilang membawa haluan masing-masing mungkin mengejar impian memburu cita-cita...
Atau adakah aku yg memencilkan diriku sendiri lantaran tiapa apa perkembangan yg menarik untuk aku kongsikan, banggakan...
Aku bukan mengeluh atau tidak bersyukur dengan kehidupan ini...cuma kadangkala aku terasa sunyi, teringin bergelak ketawa, menyumbang idea2 bodoh, memberi dorongan dan sokongan antara satu sama lain...
Sendiri kadang menyeksakan kerana tiada teman bicara........





No comments:
Post a Comment