Nak citer kejadian pagi tak pagi jugaklah...sebenarnya tengahari dah nak masuk petang...kehkehkeh..
Aku sediakan sarapan untuk ahli keluarga ku...termasuklah adik aku (Haidar @ edal) yg duduk sekali ngan aku. Aku buatlah nasi goreng. Disebabkab rencahnya tak cukup dengan nasi putih yg aku masak banyak...(maklumlah hujung dah masuk awal bulan, gaji pun tak masuk lagi, lepas raya lak tu), jadi aku pun pecahkanlah telur, wat telur kicap. Jadi tak kisahlah antara aku, amani or adik aku yg akan makan telur kicap tu.
Bila aku tgk agak2 Edal dah siap nak gi keje, aku pun bagitau dia nasi putih dalam rice cooker. En.suami pun bertanya.."nasi putih nak makan ngan apa?"...hehehe, kebetulan aku ngan Edal jawab serentak.."tu, telur kicap".En.suami pun menggeleng. Dia bertanya lagi, "apa rasa telur kicap tu Dal, pelik jer, sedap ker?". Aku memang malas nak jawab dah...dah selalu sangat dia tanya aku. Edal pun seronok sangat menggambarkan kesedapan telur kicap. En.suami masih lagi tidak boleh menerima bahawa telur kicap tu boleh dimakan. Dia kata, kalo duk kat hutan sekalipun...antara daun ngan telur kicap, dia akan pilih daun. Lagi dia menyatakan kepelikannya ibarat orang pakai baju hitam dengan seluar pink.
Pada aku, bukanlah sedap sangat telur kicap tu, cumanya kami memang membesar dengan makanan itu. Macam dia jugak, tetiap hari dulu beli nasi berlauk, kalo gi mana-mana pun heboh nasi berlauk, kalo orang datang umah pun sibuk jamu nasi berlauk. Kekadang aku pun makan juga. Biasa jer. Aku pun pernah tanya jugak, sedap sangat ker nasi berlauk tu...pagi beli, malam pun beli, tetiap hari lak tu. Persoalan yang sama. Tapi aku ni tak delah nak pelik sangat, sebab semua makanan aku bantai...lagi satu sebab aku faham dia membesar dengan makanan bergulai-gulaian begitu. Kalo kenyang perut ni mulalah keluar rating makanan, tapi kalo tengah lapar semua aku bantai...bagi kenyang...itulah aku...hahaha





No comments:
Post a Comment